Khamis, 21 Mei 2015

Latihan Menghadapi peperiksaan MTE3143

Soalan 4.
Mesej "DISINEBUAISTAHLANICAYNRIH" telah dikod dengan menggunakan Cipher Lintasan 5x5 dengan lintasan ikut arah jam.
i. Terangkan langkah-langkah yang perlu digunakan untuk mendekod mesej tersebut.
ii. Tuliskan mesej yang telah diterima itu.

Soalan 5.
Tuliskan mesej "AKHIRNYA" dengan menggunakan kod semakan pariti tunggal


Soalan 6
Anda telah menerima mesej dalam bentuk kod binari yang dihantar menggunakan kod semakan pariti tunggal seperti di bawah. Terdapat beberapa ralat dalam mesej tersebut.
00011      011101     001001     000010     100111     001010     011111
100100    000011     011101     001111     101010     101010     100100
101011    110011     000011     001110     000110     000110     001010
011011    001010     100101     011000     000011     011101     001110

i. Kesan ralat yang berlaku  
ii. Dekodkan semua huruf yang lain
iii. Tulis mesej sebenar yang telah diterima


Soalan 6
Terdapat banyak bidang yang menggunakan model logistik untuk membuat ramalan kebarangkalian kejadian atau hasil yang akan diperoleh dalam satu tempoh masa.
Senaraikan lima bidang tersebut

Soalan 7
Huraikan secara terperinci dua paradoks Zeno.
Berikan justifikasi anda bagaimana hujah paradoks ini diterima

Soalan 8
Archimede telah menghasilkan teori berkaitan penghampiran pi.
Huraikan teori itu.
Jelaskan bagaimana Archimedes menghasilkan teori itu.

Soalan 9
Lengkuk kubik telah dihasilkan oleh Issac Newton.
Huraikan secara terperinci 4 jenis lengkuk kubik yang telah dihasilkannya.

Soalan 10
Luas bulatan merupakan idea yang dihasilkan oleh Archimedes.
Huraikan secara terperinci idea tersebut.
Bagaimanakah idea itu dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan