Selasa, 21 Jun 2016

MTES3023 Penaakulan Matematik PISMP Amb Jun 2016 (Elektif 2)

Assalammualaikum.
Kepada semua pelajat MTES3202 Penaakulan Matematik diharapkan dapat mengaplikasikan media ini sebagai salah satu cara untuk berinteraksi tidak bersemuka.
Semoga kita semua dapat memanfaatkannya.

Selasa, 16 Februari 2016

Ukuran Serakan

Assalammualaikum...
Saya sertakan fail untuk dibaca berkaitan topik Ukuran Serakan.
Fahami kandungannya. Segala permasalahan boleh dibincangkan dengan saya.

Isnin, 25 Januari 2016

Bahan bacaan untuk GSA1072

Assalammualaikum....
Buat semua pelajar GSA1072
Saya ada kepilkan nota-nota dan bhan bacaan sebagai persediaan untuk kuliah.
Sila download dan baca.
Aktivtiti akan dijalankan dalam kelas nanti.
Selamat mencuba.

Khamis, 21 Januari 2016

21 Jan 2016
Assalammualaikum.....dan selamat sejahtera.
Kepada semua pelajar saya.

Harap dapat menggunakan segala maklumat yang terdapat dalam blog ini.
Manfaatkannya.

Khamis, 21 Mei 2015

Latihan Menghadapi peperiksaan MTE3143

Soalan 4.
Mesej "DISINEBUAISTAHLANICAYNRIH" telah dikod dengan menggunakan Cipher Lintasan 5x5 dengan lintasan ikut arah jam.
i. Terangkan langkah-langkah yang perlu digunakan untuk mendekod mesej tersebut.
ii. Tuliskan mesej yang telah diterima itu.

Soalan 5.
Tuliskan mesej "AKHIRNYA" dengan menggunakan kod semakan pariti tunggal


Soalan 6
Anda telah menerima mesej dalam bentuk kod binari yang dihantar menggunakan kod semakan pariti tunggal seperti di bawah. Terdapat beberapa ralat dalam mesej tersebut.
00011      011101     001001     000010     100111     001010     011111
100100    000011     011101     001111     101010     101010     100100
101011    110011     000011     001110     000110     000110     001010
011011    001010     100101     011000     000011     011101     001110

i. Kesan ralat yang berlaku  
ii. Dekodkan semua huruf yang lain
iii. Tulis mesej sebenar yang telah diterima


Soalan 6
Terdapat banyak bidang yang menggunakan model logistik untuk membuat ramalan kebarangkalian kejadian atau hasil yang akan diperoleh dalam satu tempoh masa.
Senaraikan lima bidang tersebut

Soalan 7
Huraikan secara terperinci dua paradoks Zeno.
Berikan justifikasi anda bagaimana hujah paradoks ini diterima

Soalan 8
Archimede telah menghasilkan teori berkaitan penghampiran pi.
Huraikan teori itu.
Jelaskan bagaimana Archimedes menghasilkan teori itu.

Soalan 9
Lengkuk kubik telah dihasilkan oleh Issac Newton.
Huraikan secara terperinci 4 jenis lengkuk kubik yang telah dihasilkannya.

Soalan 10
Luas bulatan merupakan idea yang dihasilkan oleh Archimedes.
Huraikan secara terperinci idea tersebut.
Bagaimanakah idea itu dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita

Isnin, 18 Mei 2015

Assalam..... dan selamat sejahtera buat semua pelajar PPG JUN 2011...

Saya kemukakan beberapa soalan MTE3143 Aplikasi Matematik untuk kita bersama melakukan perbincangan dan sumbang saran sebagai persiapan menghadapi peperiksaan nanti (24 Mei 2015).
Harapan saya agar semua pelajar dpt melbatkan diri dalam perbincangan ini. Wasalam.

Soalan ;

1.  Anda merupakan seorang kontraktor binaan. Anda diminta memasang jubin pada sebuah bilik berukuran 4.2 m x 3.9 m. Anda itu mempunyai dua pilihan jubin iaitu
a. bersaiz 20 cm x 20 cm berharga RM2.30 sekeping
b. bersaiz 24 cm x 24 cm berharga RM2.60 sekeping.
Cadangkan kepada tuan rumah pilihan jubin anda dengan memberikan justifikasi anda dari segi kos jubin dan upah.


2. Puan X telah menerima satu mesej seperti di bawah menggunakan Cipher Caesar empat huruf selepasnya.
ZKGQIAJGWSWHWJ.
Apakah maksud mesej yang diterima oleh Puan X?

3. Puan X ingin membalas mesej yang diterima itu menggunakan Cipher Lintasan. Mesejnya ialah MESTI BERSATU. Perjelaskan langkah-lengkah membina ciphertext Puan X itu.

Jumaat, 6 Februari 2015

Buat pelajar DPLI Permata Ambilan Jun 2014

Assalam....
Selamat datang ke laman blog saya.
Diharapkan bahan-bahan yang dibekalkan dapat membantu pelajar memahami dan menguasai subjek ini.
Interaksi dan respon dari pelajar semua amat saya alu-alukan.

Kerja kursus MTE3143

Salam sejahtera buat semua pelajar saya.

Sila download kerja kursus ini dan bawa bersama dalam interaksi Sabtu ini...
Penerangan akan dilakukan pada masa itu.

Sekian. Terima kasih.

Isnin, 2 Februari 2015

Bahan untuk Topik 3

Sila download bahan ini...
Baca dan fahamkan...
Rujukan boleh dilakukan menggunakan modul yg telah dibekalkan...
Topik ini agak sukar namun boleh difahami jika pelajar berikan lebih tumpuan
Bahan untuk Topik 2 telah saya uploadkan...
Sila download dan perbincangan akan saya lakukan dalam kelas nanti